بسم الله الرحمن الرحيم



update World of Warcraft Wrath of the Lich King Private Server


Peh, dah lama tak jenguk blog ni. Serius tak boleh jadi blogger aku ni. Malas update entry. Haha..
Sejak kebelakangan ni, aku dah malas nak online. Konpem teringatkan seseorang. Ceh, kalau macam tu lebih baik diskspace hosting server yang besar gabak ni aku hostkan untuk private server game. Lagi best.

Pasal private server ni, teringat satu game MMORPG yang gempak. World of Warcraft. Latest dia punya expension Wrath of the Lich King. Dah 6 tahun tinggal, sekarang mula nak berjinak-jinak balik dengan habit lama; main game. Hehe..


wow wrath of the lich king World of Warcraft Wrath of the Lich King Private Server


World of Warcraft Wrath of the Lich King mungkin sama macam game spisis MMORPG yang lain pada pandangan korang, tapi pada aku, game ni ada penangan tersendiri. Kenapa best? Korang try main dulu, then baru dapat feels dia.. hehe..

Untuk pengetahuan korang, game ni berbayar ok. Sebulan $60USD. Gila kentang! Kopak poket student sengkek macam aku. Ahaks~

Ok, jadi kepada korang yang nak main free, boleh layan kat private server.
“Private server”? menatang pa tu? Sila tanya pak cik Google ok, aku tak ada mood nak elaborate sekarang.

Aku cuma nak suggest jer salah satu private server yang tengah mantop buat masa ni. (sila ushar tarikh entry ni dipublish. Point2 yang akan diutarakan mungkin dah tak relevan pada abad depan =p)


MOLTEN WOW


Molten WoW Banner World of Warcraft Wrath of the Lich King Private Server


Yup. Molten WoW. Apa yang bestnya server ni berbanding private server lain?

Kelebihan:

  • Ramai players. Serius, ni point utama aku layan kat server ni. Hampir cecah 15k players pada peak hours. Sangat2 best bila korang main dikelilingi player2 lain. Takde la jadi kes alone lonely loner kan? Hehe..
  • Free. Haha.. ni point yang tak asing lagi. Korang layan kat sini sebab tak nak membazir duit bayar kat Blizzard. Percuma seumur hidup kecuali korang nak beli token ke hape. Tu cerita lain.
  • Stabil. Server dorang memang high uptime. So, jarang la berlaku kes downtime dalam jangka yang lama.



Kelemahan:

  • Queue yang sangat panjang. Kes ni berlaku akibat overpopulate. Gila bengang nak kena tunggu 3 jam semata-mata untuk masuk ke dalam server dorang. Chesdale~


    Long Q 300x161 World of Warcraft Wrath of the Lich King Private Server

  • Bugged quests/spells. Persetankan apa yang dorang tulis kat website dorang. Marketing strategy ajer sume tu. Serius, terlalu banyak quest/spell yang dijangkiti kurap. Bikin panas ajo (-_-”)
  • Hackable. Wahahaha~!!!  Tahap security diorang walaupun agak tinggi, tapi masih boleh digodam. Tapi hati2 buat hacker2 sekalian, kalau nak godam tu, JANGAN reveal kat sesiapa, biarpun kat awek @ kucing masing2.
    Kalau tak, kang jadi macam ni.. padan muka! =pp



WoWScrnShot 300x158 World of Warcraft Wrath of the Lich King Private Server
Padan muka haha pp 300x155 World of Warcraft Wrath of the Lich King Private Server (click to enlarge*)


Banyak lagi point sebenarnya. Tapi aku malas nak taip panjang2. Jadi, tak nak membebel lagi, kalau korang berminat, sila la join komuniti Molten Wow sekarang. Klik sini untuk register. Buat korang yang nak download game ni, boleh klik sini.


(p/s: server ni omputeh punya. Didominisi anak2 mat saleh yang kurang matang. Haha.. Orang Asian memang susah nak jumpa. Teringin la jugak nak merepek dalam bahasa ibunda sendiri, instead of speaking/typing in English. Buhsan gak kengkadang, iye tak?)