بسم الله الرحمن الرحيم


 Selamat Hari Tua


Hahaha.. Inilah hakikatnya kelak.
Suatu masa dulu aku dipanggil “adik”, selang beberapa taun selepas tu dipanggil “Shidi”,
sekarang dipanggil “Encik Roshidi/abang Shidi”, beberapa taun lagi dipanggil “pak cik Shidi”, lepas tu “tokwan Shidi”, lepas tu “arwah Shidi”.
atau mungkinkah dari “abang Shidi” terus ke “arwah Shidi”?
Sudah cukupkah amalan ku ini? Oh!

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Pejam celik-pejam celik, hari ni aku genap berusia 22 tahun. Macam besa, tadak hadiah diterima melainkan ucapan daripada member-member terdekat. Tapi kadang kala teringin la jugak nak dapat hadiah yang boleh dibuat kenangan, contohnya Alienware M17x ka… haha


laptop alienware m17x red Selamat Hari Tua
(hadiah macam ni dapat dalam mimpi jer la.. ahaks~)

Seingat aku, hadiah yang boleh aku ingat sampai sekarang sekadar hadiah aku fly pi daftar masuk universiti, 2 taun lepas yang kebetulan jatuh pada 24 Jun jugak. Lalala~..

Masa kecik-kecik dulu kalau aku qeyau, konpem ada orang mai peluk aku.
Tapi sekarang, kalau qeyau, bukan setakat tadak sapa mai peluk,
malah kena gelak guling-guling lagi oleh member-member keparatku (ciss ampa!)
Kadang-kala teringin nak jadi budak-budak balik. Rindu.

Ok, off topic. Lari tajuk. Pasai budak-budak teringat anak-anak tecer linda yang comey lotey. Dah makin besaq depa nuh. Teringin nak pi dukung depa. Erk, tecer, mintak izin culik gambaq depa buh dalam blog saya sat. Tenang hati tengok depa~


20032010276 300x225 Selamat Hari Tua


28032010289 300x225 Selamat Hari Tua


Erk, kalau tecer terbaca entri ni, & tecer tak suka gambaq depa ada kat sini, bagitau eh. Sepantas kilat saya padam!

Ok, sebelum aku melalut ntah pa-pa lagi, bek aku stop. Ni bukan diari online daa..~
Sekadar nak ucapkan kat diri sendiri;

  • Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22!
  • Selamat mengharungi hari-hari tua dengan jayanya!
  • Semoga hang boleh ceria kembali, InsyaAllah.

Must keep swimming!
Teehee..~!!


happy birthday Selamat Hari Tua


(p/s: entri yang ditaip dalam loghat kampungku. Kalau korang tak faham, jangan segan-silu bertanya kepada member-member utara. Kalau malas, buat-buat faham jer la eh… hehe)