Roshidi.Com
Daku Pencinta Milo Ais
Daku Pencinta Milo Ais
Apr 4th
بسم الله الرحمن الرحيم
GEJALA membuang bayi di negara ini, sama ada dilakukan ke atas mereka yang telah mati atau masih hidup kelihatan seperti tiada kesudahan. Saban hari, kita akan melihat di dada akhbar atau kaca televisyen gambar-gambar mayat bayi yang menyayat hati kerana dihurungi lalat, terbakar atau terapung di dalam longkang.
Perbuatan yang dilakukan oleh ibu atau bapa mereka itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal kerana semua orang tahu yang sehinggakan haiwan juga sayangkan anak mereka, inikan pula manusia.
Itu cerita mereka yang membuang bayi tetapi ada juga daripada kita yang tidak sampai ke tahap tersebut tetapi juga boleh disifatkan sebagai ‘kurang ajar’ kerana mendera anak comel tersebut.
Tetapi sebenarnya ada ibu bapa atau penjaga yang sememangnya secara sengaja menganiaya tubuh kecil tersebut kerana panas baran tetapi ada juga ‘mendera’ anak kerana kedangkalan ilmu keibubapaan.
Sehubungan itu, penyelidik dari sebuah universiti Jepun telah membangunkan robot bayi bernama Yotaro yang mempunyai kemampuan menangis, merengek dan juga ketawa seperti bayi sebenar!
Apr 4th
بسم الله الرحمن الرحيم

PADA dasarnya, filem terbaru daripada pengarah The Incredible Hulk, Louis Leterrier, mempunyai rencah yang dikira cukup untuk menjadikannya antara filem paling hangat di pasaran pada tahun ini. Bukan saja ia dibarisi bintang yang dianggap mantap, termasuk Sam Worthington yang baru saja meledak bersama Avatar, Gemma Arterton yang diangkat sebagai gadis Bond baru-baru ini, serta dua bintang hebat layar perak, Liam Neeson (Taken) dan Ralph Fiennes (siri filem Harry Potter), Clash of the Titans turut diperkuat cerita yang mendebarkan dan kesan visual yang begitu hebat. Seronok melihat pelakon yang kian mencipta nama lagi berbakat seperti Worthington diberi peluang untuk menerajui filem besar.
Apr 3rd
بسم الله الرحمن الرحيم
Greetings~
Since time immemorial, computer users have had problems sharing large files. Whether trying to fit Sim City on floppy disks, uploading binaries to newsgroups or sharing home movies via email, you may well have suffered the inconvenience of a file that’s just too big for what you’re trying to do.
This is where HJSplit comes in. It’s a remarkably simple and easy-to-use little application which can split any file you like into parts of a predefined size, so that sharing them or storing them is made easier. It can also join split files back together and compare parts to see if they’re the same.