Roshidi.Com
Daku Pencinta Milo Ais
Daku Pencinta Milo Ais
Jul 28th
بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama aku tak buat tutorial pasal komputer kan?
Kali ni aku sekadar ingin berkongsi dengan korang sume cane nak remove iklan2 kat Yahoo Messenger yang sangat annoying tu.
Ok. ada banyak cara sebenarnya nak buang mendalah ni, tapi kali ni aku cuma kasi 2 jer. Bagi banyak2 pun buat semak kepala jer kan? hehe..
CARA RAJIN
Khas bagi komputer2 geek yang suka selongkar operating system dorang. Ok, sila ikut step by step:
1. Korang buka Registry Editor (regedit.exe).

2. Ushar registry key ni sampai jumpa:
HKEY_CURRENT_USER\\Software\\Yahoo\pager\\Locale
3. Cari value named Enable Messenger Ad.

4. Korang tukar default value yang berdigit 1 ke digit 0.


*(sila klik untuk pemulihan retina mata)
5. Restart Yahoo Messanger korang. Setel!
2) CARA MALAS
Khas bagi penternak2 lemak yang sukakan kerja senang. Ok, ni steps dia:
1. Sedut mendalah ni.
2. Kepada korang yang guna Windows Vista atau Windows 7, sila run as administrator ok.

3. Klik Check All.

4. Restart Yahoo Messenger korang. Setel!
HASILNYA..
Sebelum

(menyemak alam jer..)
Selepas

(tadaaa! ym korang dah kembali suci..hehe)
Cara ni bukan sahaja dapat mengurangkan pendapatan pihak yahoo, malah dapat menjimatkan bandwidth bulanan pengguna sialkom berukband broadband.. hehe..
Mari kita gelak jahat secara berjemaah~
wahahahaha~!!!
Kepada korang yang masih blur.. boleh tanya kat bahagian komen di bawah. Selamat mencuba!
(p/s: teknik ni masih berfungsi 100% tatkala entry ni dipublished, mungkin dah tak berkesan pada zaman cucu2 tokwan nanti…hehe)
Jul 27th
بسم الله الرحمن الرحيم

Sakit itu kifarah dosa.
Buat insan yang tengah demam/sakit, rajin-rajin makan ubat.
Semoga cepat sembuh.
Jul 26th
بسم الله الرحمن الرحيم

Peh, dah lama tak jenguk blog ni. Serius tak boleh jadi blogger aku ni. Malas update entry. Haha..
Sejak kebelakangan ni, aku dah malas nak online. Konpem teringatkan seseorang. Ceh, kalau macam tu lebih baik diskspace hosting server yang besar gabak ni aku hostkan untuk private server game. Lagi best.
Pasal private server ni, teringat satu game MMORPG yang gempak. World of Warcraft. Latest dia punya expension Wrath of the Lich King. Dah 6 tahun tinggal, sekarang mula nak berjinak-jinak balik dengan habit lama; main game. Hehe..

World of Warcraft Wrath of the Lich King mungkin sama macam game spisis MMORPG yang lain pada pandangan korang, tapi pada aku, game ni ada penangan tersendiri. Kenapa best? Korang try main dulu, then baru dapat feels dia.. hehe..
Untuk pengetahuan korang, game ni berbayar ok. Sebulan $60USD. Gila kentang! Kopak poket student sengkek macam aku. Ahaks~
Ok, jadi kepada korang yang nak main free, boleh layan kat private server.
“Private server”? menatang pa tu? Sila tanya pak cik Google ok, aku tak ada mood nak elaborate sekarang.
Aku cuma nak suggest jer salah satu private server yang tengah mantop buat masa ni. (sila ushar tarikh entry ni dipublish. Point2 yang akan diutarakan mungkin dah tak relevan pada abad depan =p)
MOLTEN WOW

Yup. Molten WoW. Apa yang bestnya server ni berbanding private server lain?
Kelebihan:
Kelemahan:


(click to enlarge*)
Banyak lagi point sebenarnya. Tapi aku malas nak taip panjang2. Jadi, tak nak membebel lagi, kalau korang berminat, sila la join komuniti Molten Wow sekarang. Klik sini untuk register. Buat korang yang nak download game ni, boleh klik sini.
(p/s: server ni omputeh punya. Didominisi anak2 mat saleh yang kurang matang. Haha.. Orang Asian memang susah nak jumpa. Teringin la jugak nak merepek dalam bahasa ibunda sendiri, instead of speaking/typing in English. Buhsan gak kengkadang, iye tak?)