بسم الله الرحمن الرحيم


usb win7 300x216 Install Windows 7 Guna USB Drive


Assalamualaikum wbt..
oho~ hari ni Shidi ingin dedahkan kepada sesiapa yang belum tahu cane cara nak install Windows 7 daripada USB drive.

Cara nak create bootable USB drive menggunakan Command Prompt (cmd) ni hanya berkesan andai korang guna Windows Vista @ Windows 7 ajer. Kalau guna Windows XP memang tak boleh, sebab Operating System (OS) tu tiada elemen diskpart dalam Command Prompt nya.

Walaubagaimanapun, setelah berjaya create bootable USB drive ni, korang dah boleh install apa jua OS ke PC tanpa menggunakan optical drive (CD/DVD). Bukan setakat Windows 7 ajer, malah Mac, Ubuntu, Linux, XP, Vista, etc pun boleh disumbat sekali. Hehe..

Apa yang korang perlukan?

  • USB drive bersaiz minimum 4GB
  • Salinan OS Windows 7 (sama ada dalam bentuk DVD @ iso image)
  • Command Prompt

Dah ada semua tu? Ok, jom proceed ke step seterusnya..

trans Install Windows 7 Guna USB Drive

Steps

Korang click start menu, lepas tu taip “cmd

Dah keluar icon cmd, korang right click, lepas tu ambil “Run as administrator



start menu 234x300 Install Windows 7 Guna USB Drive


Maka akan keluar Command Prompt @ cmd seperti ini:


cmd 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


Lepas tu, dalam cmd,  korang taip arahan ni satu per satu:
(click pictures to enlarge*)


1. diskpart

diskpart 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


2. taip “list disk” dan korang akan dapat lihat semua disks yang terhubung beserta nombor. Memandangkan Shidi menggunakan USB drive berkapasiti 16GB untuk tutorial ini, maka nombor bagi list tersebut ialah Disk 2.

list disk 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


3. select disk X (X merupakan nombor USB drive)

select disk X 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


4. clean

clean 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


5. create partition primary

create partition primary 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


6. select partition 1

select partition 1 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


7. active

active 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


8. format fs=ntfs

format fsntfs 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


9. assign

assign 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


10. exit

exit 300x127 Install Windows 7 Guna USB Drive


Okey, lepas tu korang copy semua files yang ada dalam DVD @ iso image (sila mount dulu ye) dan paste kan ke dalam USB drive yang baru diprogram tadi.

dvd 300x220 Install Windows 7 Guna USB Drive


Yosh! korang baru ajer berjaya create bootable USB drive Windows 7. Sekalung tahniah!!


USB drive Windows 7 Install Windows 7 Guna USB Drive


Apabila dah setel semua ni, korang dah boleh install Windows 7  menggunakan USB drive dengan kelajuan berdesup. Lazimnya, guna cara ni maximum 15 minit dah siap, berbanding menggunakan DVD yang menelan masa 30 minit. Berakar bontot tu nunggu nak siap, iye tak? hehe..

Pastikan korang ubah setting di BIOS terlebih dahulu untuk boot daripada USB. Kemudian, install Operating System tersebut seperti biasa. Kalau korang tak faham tentang mana-mana step, boleh tanya Shidi kat bahagian komen di bawah. Selamat mencuba!